Sweet Owner
| 2023; My New Journey as Wife Anyway, happy new year! Happy 2023. Alhamdulillah, tahun nih dah update status, dah jadi isteri orang. Bila kahwin? 4/11/2022, haliza dah selamat bergelar as isteri kepada shahril. Alhamdulillah, selepas pelbagai dugaan dan rintangan selama berkenalan almost 10 tahun, akhirnya kahwin jugak haha. Tak sangka hubungan yang pernah putus tengah jalan boleh sampai ke jinjang pelamin. Itulah orang kata kan, kalau dah jodoh mmg tak kemana. Duk try org lain pun, last-last ke dia juga haha. Btw, supposedly kami nikah 9/12/2022 tapi kebetulan time tuh pulak aku convo. Tapi bersyukur sangat sebab semuanya dipermudahkan. Photographer and MUA dua-dua boleh bagi kerjasama, boleh tukar tarikh ke tarikh kami berdua setuju. Mula-mula jadi isu jugak sbb kami pilih tarikh yg awal sebulan. Kiranya kami nikah awal sebulan dari bersanding. Kami bersanding 10/12/22 dan 11/12/22. Ramai yang duk risau nanti duk bunting pelamin lah apa, takde seri lah apa. Tapi itulah, as long kami berdua and parents kami setuju je, kami still proceed dengan tarikh tuh. Malas nak dengar apa org duk kata. Alhamdulillah, nikah berjalan lancar. Abah yang nikahkan and abah mmg nervous teruk lah. Mana taknya, tok kadi time tuh baru ckp yang abah kena nikahkan sendiri haa. Padahal sebelum nih, haliza dah bgthu dah tok kadi tuh yg abah nak wakilkan dia je haa. Kesian gak dekat abah sbb ramai duk gelak padahal dia dah cuak sgt sampai gigil dah. Time tuh aku lagi rasa nebes utk abah dr shahril haa. Aku tahu shahril boleh je buat haa. Kawan-kawan pun ramai datang. Geng mia, and paling tak sangka geng USM pun datang. Dorang datang 2 buah keta dari Penang. Memang terharu sgt-sgt. Oh tak dilupakan jasa mas yang mmg jadi pengapit sangat function. Mas tidur dekat kledang 2 malam. Malam sebelum aku nikah and selepas nikah. Banyak sangat dia tolong dr awal sampai akhir. Terima kasih mas! Nanti hari kawen ang, turn aku pulak tolong okaysss. Ohh, btw dr hari sblm nikah sampai lah hari ke-4 gituh selepas nikah aku demam haa. Batuk selsema semua ada. Kesian dekat shahril, awal-awal kawen haliza dah test tengok pandai jaga haliza tak. Alhamdullilah, sy makin melting and rasa bersyukur dapat suami mcm shahril. Pandai jaga, siap masak bubur lagi haa. Maceh suami saya. Loveyouu. Apa perasaan lepas nikah? Nervous tak malam pertama? Untuk makluman semua, sy period hari ke-4 time nikah tuh. So sy postponed dulu malam pertama saya haha sebab tuh haliza sangat rilek ye. So pada malam yang betul betul first night tuh rasa apa? So far okay je. Tkde lah scary sgt seperti yang haliza bayangkan haha. Maybe sbb shahril bagi first impression yang helok dekat haliza kot. So benda tuh jadi benda yang tak scary and best? hahahaha okay dah dah. Daripada duk takut-takut, eh ter-pregnant haha. camne tahu pregnant? Time tuh aku ada dekat tanjong, seminggu sebelum kami bersanding. Supposedly, aku period 30 atau 31/11 gitu haa. Tapi time tuh dah 3/12 tapi masih belum period. Dah lambat 4 hari gitu haa. So aku pun rasa mcm something wrong lah kan. Aku pun order kat panda mart pregnancy test. Aku beli 2. Malam tuh, aku test diam diam. And guess what? Naik double line ye rakan-rakan. Tapi line tuh kabur sgt haa. Aku mcm tetibe nebes and jantung laju gila. Aku tak tahu nak ckp dekat siapa. Imposibble kalau bg tahu mak dulu. Aku takut apa reaction mak. Takut mak tak suka sbb yelah duk pregnant before sanding kan haa. So aku pun ws mas terus. Mas excited gila. Tapi aku tkmau excited sgt sbb risau kan. Benda kabur sgt haa line tuh. Taknak berharap sgt. Pastuh mas duk belanja beli pregnacy test jenama clear blue yg digital tuh. Besoknya aku test and vc dengan mas. Aku tknk tengok dulu. Aku bg mas yg tgok sbb aku duk nebes haha. Btw, malam tuh aku dh bgthu mak. Naseb lah mak pun okay and excited jugak haa. Shahril tak tahu lagi haha. Ohh pastuh kan mas tengok, and keluar lah dia tulis pregnant 2-3 weeks. Bersyukur and happy sangat haa. Tak sabar nak bgtahu shahril. Aku plan nak surprise dekat shahril, acah-acah letak dlm kotak hadiah ke apa, and bgthu tuh hadiah kawen. Tapi rasa mcm lewat sgt and lgipun benda clear blue tuh function 24hr je. So aku pun duk paksa shahril dtg ptg 4/12 tuh jugak. Aku buatlah ayat yang sempena sebulan nikah, nak jumpa nak celebrate sikit. Mula-mula shahril takmau haa. Aku sentap jugak lah haa, sbb aku punya excited nk bgthu dia good news tpi dia duk buat gitu. Bila aku dh sentap baru dia nak dtg. Tapi mood aku pun dh spoil time tuh. Time keluar tuh, mmg air mata duk nk mengalir je haa. Dahlah kita tgh sensitif haa, dia buat gitu. Lagilah badmood haa. Dah nak balik dari angsana mall baru lah aku bg kt dia kotak surprise tuh. Shahril happy sampai nangis haa. Aku pun duk terikut sekali nangis. Malam tuh, aku ikut shahril balik karai haa. Sepatutnya aku balik kuala lusa tp disebabkan happy sgt duk ikut shahril balik malam tuh jugak haha. Shahril pun besoknya ambil cuti sbb nak ala-ala happy day haha. Time awal-awal nih mmg kami tkmau bgthu sesiapa. Cukuplah, kami, mak, adik dan mas je yg tahu. Taknak hebohkan haa. So far everything went well. Semuanya dipermudahkan. Konvo, 9/12 tuh pun berjalan lancar. Majlis sanding dan bertandang pun okay je. Setakat ada isu sikit-sikit tuh biasalah kan. Kami berjaya tempoh 3 hari berturut-turut tanpa rest haa. 1/1/2023, kami pergi scan baby dekat klinik Dr.Thurga. Aku jenis suka layan tiktok pasal baby itu ini and mula lah start anxious pikir betul-betul ada baby ke dlm perut. Baby dekat tempat sepatutnya ke. Baby okay ke. Tuh yang otw balik ke karai dr tnjong, singgah klinik tuh kejap. Alhamdulillah, lega bila tengok baby okay je and time tuh baru 8 weeks. Doc kata baby dah ada heartbeat. Happy sangat time tuh. 9/1/23, kami pergi bukak buku pink. Nih pun nebes gak sbb yelah first time kan. Mahu tak nebes haha. Ada morning sickness tak? Ada tpi tk teruk sgt lah. Aku just takleh bau ayam ikan, bawang bawang, any benda yg terlalu wangi. Shahril pun aku tkleh nak bau sgt. Bau pisang haha. Muntah tuh adalah sekali dua gitu. Aku banyak pening je haa. Semuanya okay je sampai lah 25/1/23, malam rabu. Aku tetibe ada blood spotting malam tuh. Time nih aku ada dekat tanjong. Aku balik tanjong sbb nak pegi kenduri mak yatt 21hb tuh. Malam rabu tuh bila aku tgok tetibe ada darah mmg aku tkthu nak buat apa. Aku mmg tk berani nak bgthu mak terus. So aku decide nak bgthu shahril terus. Shahril terkejut haa, tanya cmne boleh ada darah. Ohh, siang tuh aku keluar dengan geng mia. Makan dakgalbi. 24/1 tuh keluar dengan geng mas seharian gak. Pastuh aku terpikir lah, jadi cmnih sbb aku banyak berjalan ke? Salah aku ke eh? Mcm-mcm aku duk pikir haa. Shahril tahu-tahu je terus dia cepat-cepat dtg ke tanjong, nak bwk aku ke hospital. Time shahril otw tuh, aku bgthu dekat mak abah. Mak abah naseb jenis bertenang, tak takutkan aku. Aku je yng pikir bukan-bukan. Dalam pukul 11 malam gitu shahril sampai, and kami terus ke HRPB. Smapai sana dlm kul 12 tapi doc check kul 3 pagi. Punya lah lama haa duk menunggu. Aku pun tak sangka lah haa yang aku duk berani pegi hosp. Pdahal selama nih punya lah takut and taknak pegi hosp atau klinik haa. Tapi demi baby, mommy beranikan diri jugak tau haa. Pukul 3 pagi tuh, dr scan perut haa dan scan dr bawah juga. Cuma Allah je tahu betapa takutnya mommy nk tengok doc scan time tuh. Mommy ada insticnt yang baby dah tkde, baby dah tinggalkan mommy. And yes, baby dah tkde. Doc kata tkde heartbeat and baby mcm dh stop tkde heartbeat since 9 weeks. Sepatutnya baby skrg 12 weeks. Allahu time tuh, mommy speechless sgt. Mommy tak tahu nak react mcm mana. Mesti doc tuh ingt mommy tkde perasaan sbb time dia bgtahu, mommy tkde reaction. Nangis pun tkde, nmpak tenang sgt. Bila mommy keluar, nmpak daddy, terus berair mata mommy, tahan sebak. Masuk je dlm keta, terus mommy nangis. Mommy tak ckp apa, mommy bg je buku pink tuh dekat daddy. Soh daddy baca sendri. Mommy daddy dua dua nangis dalam keta. Dulu dua-dua nangis happy dalam keta dpt good news and kalini dua-dua nangis sedih pulak, baby dah tkde. Allahu, besar betul dugaan kalini. Sepanjang perjalanan dari ipoh ke karai mommy nangis tanpa henti. Sedih sangat sayang, bila fikir yang baby ada dalam perut mommy, tanpa hnya janin yang tidak bernyawa. Mommy ingatkan selama nih, baby yang akan selalu ada teman mommy time mommy sedih, happy, sorang. Tapi baby pun tinggalkan mommy. Besoknya,aku dah start ada rasa sakit haa. Pgi tuh bangun je tidur, aku terasa ada benda keluar. Aku ingatkan baby dah keluar. Tapi bukan haa. Aku pergi scan dekat klinik, Dr. Thurga yang scan. Rituh Dr.Thurga yg confirmkan aku pregant, kalini, doc yg sama jugak confirmkan baby ada lagi ke takde dlm perut aku. Bila scan, baby still ada haa. Doc refer aku dekat klinik swasta, TMC specialist clinic. Time tengah hari, otw ke sayong, dalam keta aku rasa sakit yang extra dr segugut and tetibe rasa mcm darah keluar banyak sgt. Rasa mcm ada keluar ketulan and rasa darah keluar mcm air paip haa. Aku ingatkan aku terkencing ke apa haa. Bila dah sampai rumah sayong, aku tengok penuh pad haa and nmpak ada baby dah keluar haa. Tapi dr situ, darah aku mmg keep on keluar banyak-banyak. Pad baru pakai tak sampai 10 minit dah penuh. Makin lama makin byk, Time otw, pegi TMC tuh pun, duk bocor dah haa walaupun pakai maternity pad. Singgah stesen minyak tukar pad, and toilet tuh mmg dah jadi mcm kes pembunuhan dah, penuh ngn darah aku. Selama nih asyik tgok dlm drama je, org gugur byk darah. Sekali betul-betul jadi dekat diri sendiri. Dahlah mmg rasa sakit contraction which is berganda-ganda lagi sakit dari segugut tuh haa. Sepanjang perjalanan mmg rasa sakit haa. |