Sweet Owner
| Opah 26/5/21 rituh opah jatuh. Sblm nih pun opah mmg selalu jatuh tapi opah okay je boleh bangun, berjalan balik. Tapi rituh, opah terus takleh berjalan. So syak patah lah haa. Ptg tuh, aku mintak tolong kt shahril suruh check opah. Dia bawak opah ke klinik karai. Bagi opah neb sbb dia kata opah oxygen kurang sgt. Pastuh semua okay je. Tapi tuhlah mmg dr raya lgi, setiap hari call sana, setiap kali itu opah soh balik. Opah mmg rindu sgt kt mak. Sejak dr opah jatuh tuh mmg setiap hari asyik dgr benda tk helok je pasal opah. Cu tak abis-abis soh balik. Tapi sini PKPD mmg ketat sgt tkleh nak buat apa. Ada hari yg cu kata opah mmg tkleh tido dah. Ada hari yg cu kata opah punya perut keras sgt haa. Ada hari yg cu cakap opah asyik berak je. Ada hari yg cu ckp opah dah muntah hitam balik mcm dulu. And smlm, 4/6/21 pagi tuh sempat duk video call ngn opah utk kali terakhirnya. Kalau lah aku tahu itu kalai terakhir aku tengok opah boleh bercakap lgi, aku akan vc lama lama. Nyah rindu opahhhh. Nyah nak jumpa opah, nak cium opah. Nyah nak peluk opah. Nyah nak jaga opah. Nyah sayang opah. Ptg tuh, cu tepon mak, ckp yg opah nmpak lemah sgt. Wa ada send gmbr and ya opah nmpak tk larat sgt. Duduk atas wheelchair lepas mandi pun, nmpak lemah. Tak larat dah nak angkat kepala. Boleh bygkan tak, yg aku and semua org boleh tgok opah sakit dari hari ke hari kt gmbr je. Tkleh nak balik kampung, tgok opah. Setiap hari opah duk suruh balik, balik, baliK. Tapi tetap bgi alasan sama, tkleh balik. Byk polis tahan nnti kena saman. Sampai detik terakhir time opah vc tuh pun, masih bgi lasan yg sama. Kata-kata last yg aku dgr opah ckp "Bdan aku sakit beno. Doakan aku zizah" Pas maghrib, mak terus ajak abah ke balai polis. Sebab mak mmg dah tk sedap hati dah. And yes, mak buat keputusan yg tepat. Takleh bygkan kalau mak duk tunda nak tunggu besok ke apa. Mesti meneysal tak sudah haa. Polis bagi mak balik sorang je naik grab. Sedih weh. Lepas mak sampai je sana, aku terus rasa takut kalau tetibe mak call ke apa. Aku takut kalau mak tepon, dgr mak nangis and bgtahhu berita tak baik. Takut sgt and benda yg aku takutkan tuh betul-betul terjadi. Helok je lepas aku solat, doakan utk opah. Terus mak tepon bgthu opah dah tkde. Allahuuu, cuma Allah je tahu mcm mana sedihnya, apa yg aku rasa haa. Semuanya berlaku begitu pantas. Tapi aku happy sbb at least opah dpt jugak jumpa mak. Mak dpt jugak urut opah buat kali terkakhir. Opah...Nyah ngn adik mintak maaf sbb takleh nak jumpa opah. Takleh nak ada kat depan mata opah, tgok opah, and jaga opah utk sisa-sisa hari sblm opah pergi. Tapi nyah nak opah tahu, nyah sgt sygkan opah. Setiap kali opah tido je sblh nyah, air mta nyah selalu mengalir. Sebab nyah takleh bygkan kalau one day opah dah tkde. Time tuh, nyah terus peluk opah. Nyah betul-betul tak sangka yg benda nyah paling takut akn terjadi, dah terjadi. Mcm mana dgn nyah pasnih? Mcm mana nyah nak hadap semua benda yg berkaitan ngn opah pasnih? Bantal, tilam and selimut opah. Ubat-ubat opah. Baju-baju opah. Beg-beg opah. Nanti kalau balik kampung, mesti rasa kosong sgt sbb opah dah tkde. Kat kerusi opah sellu duduk tuh pun nnti nmpak kosong je. Pasnih tkde siapa dah yg tanya "nyah dah makan ke?" Pasnih tkde siapa kisah nyah dh makan ke belum. Nyah mintak maaf sbb sblm nih nyah tak pernah hargai apa-apa yg opah buat. Raya-raya pasnih mesti dah takde makna sgt dah tanpa opah. Sebelum nih ramai berkumpul ramai-ramai, balik kampung semua sbb nak jumpa opah. Lepasnih mesti sunyi tanpa opah. Semuanya dah tk sama mcm dulu. Pasnih tkde siapa panggil "wa" "mir" "yana" "ika" "syara" "ina/nyah". Semuanya akan berubah pasnih. Terlalu banyak yg nyah nak luahkan. Banyak... Nyah doakan opah dipermudahkan segala urusan. Semoga opah ditempatkan dikalangan org org yg beriman. Terima kasih Ya Allah kerana engkau pinjamkan sementara opah yg asgt aku sayangi dr kecil sampail skrg. Terllau byk kenangan. Mungkin ada hikmah aku tk dpt bersama opah masa saat-saat terkahir. Mungkin Allah tahu yg aku mungkin tidak kuat utk hadap semua benda tuh lagi. Aku cukup terkesan dgn permergian ayahma tahun leaps which is aku sendiri tgok ngn mata aku sendiri ayahma pergi tinggalkan semua org. Aku masih belum bangkit sepenuhnya tapi skrg didatangi ngn ujian seperti ini Ya Allah. Al-Fatihah... New update (current date is 18/6/21) Dah 14 hari opah tinggal kami semua. Btw rituh yg 5hb pagi tuh alhamdulillah aku dapat balik. Aku sempat jumpa opah walaupun opah dah tkde dah time tuh. Opah dah tak bernyawa, hanya ada jasad je depan mata. Time aku bru sampai tuh, kebetulan van jenazah pun baru sampai. Time tuh mmg aku terpikir Ya Allah, aku nak sgt tgok opah untuk kali terakhir. Aku ingatkan Opah dah siap dikapankan ke apa. Alhamdulillah aku sempat tgok opah. Time bru sampai tuh, mmg aku terus masuk rumah cepat-cepat, pastuh terus terduduk kt sblh katil opah. Betapa sedihnya time tuh cuma Allah je tahu. Aku speechless. Aku tak tahu nak buat apa. Aku just mamou terduduk and merenung opah je. Seolah-olah aku masih berhrap yg opah masih hidup, yg opah masih bernyawa, yg opah just tidur je. Opahh nyah dah balik. Nyah ada kt sblh opah. Opahhh, bukaklah mata. Opah tknk tgok nyah ke. Opah kata rindu nyah. Opah kata nak jumpa nyah. Nyah mintak maaf sbb nyah terlambat sikit je. Nyah mintak maaf... Aku sedih tapi pada masa yg sama aku bersyukur dpt uruskan jenazah opah serba sedikit. Nyah dpt tolong mandikan opah, tolong kapankan opah, hntr opah ke kubur untuk kali terakhir. Nyah berkesempatan cium opah byk kali walaupun masih rinduuu. Pasnih, opah dh tkde nak bebel paksa nyah makan, tanya nyah dh madi ke belum, marah nyah main fon mlm mlm tk tido takut rosak mata, time nyah nak balik kelantan ke apa, kalau salam opah, mesti opah peluk cium nyah ckp soh bljr rajin-rajin, nanti senang hidup keje helok, pastuh tkde siapa dah nak tnya bila nyah balik kalau nyah keluar ngn A sampai mlm, selama nih semua org sellau merungut kalau opah duk tnya banyak kali benda yg sama, tpi apsnih semua org akan rindu opahhh. Kehilangan opah sgt susah utk semua org terima. Semua org sgt terkesan ngn kehilangan opah. Opahhh, opah mesti happy kan sbb rituh semua cucu-cucu opah balik kampung, tengok opah. Sblm nih, masa raya, opah selalu tanya knp tkde siapa balik. Semua org tkleh balik sbb pkp. Mesti opah sunyi je kan raya tahun nih sbb tkde siapa balik kampung. Raya tahun nih first time anak cucu opah tk berkumpul ramai-ramai mcm tahun sudah. And first time jugak raya tahun nih tanpa opah, tk balik kampung. And mana sangka, yg mmg thun thun akan dtg pun, beraya tanpa opah jugak. Kalau lah tahu, mesti nyah mak adik stay je sana dr sblm rayam tk kisah lah pkp ke apa. Untung cu and semua org kt sana, leh jaga opah, leh spend time ngn opah time sisa-sia hari opah yg bape hari je tinggal. Dpat jaga opahhhhh. Nyah tk dpt langsung tengok opah. Last jumpa pun time sblm raya pastuh tengok opah last video call tgh hari 4hb tuh. Tak pernah sangka yg tuh last tengok opah, dgr suara opah. Ya Allahhh, aku rindu opah sgt sgt . Lately nih, setiap kali nak tidur, tk kisah lah tidur siang ke malam, mesti asyik teringat kt opah. Aku teringat yg dulu kalau tidur sblh opah, mesti duk terfikir, mcm mana lah kalau suatu ahri nnti opah dah tkde, Allah ambik nywa opah. Time tuh mmg aku tak pernah berhenti berdoa semoga opah sentiasa sihat, diberikan kesihatan yg baik sbb aku sgt sgt syg opah. Aku tak sanggup kehilangan opah and org org yg aku syg. Tapi siapa sangka, benda yg aku paling takutkan, mmg terjadi. Opah dah tkdeee. Opah dah tinggalkan semua org. Skrg just tinggal kenangan je. Just tinggal, bantal and selimut opah, baju and kain batik opah, brg-brg opah, habit opah yg suka pakai botol dutch lady, cawan opah sellau guna, opah yg jenis mkn satu suap je, selebihnya mesti bg org lain, opah yg suka minum air oren f&n tuh, opah yg panggil buat epal, epa, buah anggu rpulak angga. Selama nih, aku selalu nyakat opah, duk sua kan bantal busuk aku kt opah. Lepasnih, aku nak nyakat siapa lagi? Opahhhh nyah rindu opahhh. Rinduuu sgt sgt. Cuma Allah je tahu betapa rindunya nyah kt opah dan betapa sygnya kt opah. Tk dpt terungkap dgn kata-kata rasa rindu dan syg nyah. Nyah harap opah dah tenang kt sana. Nyah kt sini sentiasa doakan opah, sedekahkan Al-Fatihah kt opah. Opah akan sentiasa ada dlm ingatkan kami semua. Kehilangan opah sgt berat utk nyah lalui sbb opah ada ngn nyah dr kecik lagi. Nyah rapat ngn opah dari kecik lgi. Duk ikut opah kehulu kehilir dr tnjong ke kamlung, kampung ke tanjong naik bas berdua. Nyah dh byk lalui semua benda ng opah susah senang dr dulu sampai skrg. Terima kasih opah sbb tak pernah lupa kt nyah. Nama nyah sentiasa disebut-sebut, tk lekang dibibir opah. Walaupun opah dah byk lupa and tak cam org. Tapi nyah bersyukur sbb opah tak pernah lupa nyah. Nyah sayang opah tauuuu. :')
|