MissesZaza!
Sweet Owner

Hey! Touch my photo!



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello peeps ! welcome to super awesome!Enjoy yourself here okay!?


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Alyzhaaaaa
Others:   



My Semester Break

Hi. To be honest, haliza tak tahu nak start dari mana haha I can't remember what I did from the beginning. Haliza punya cuti start berapa haribulan tah. Tapi yg pasti awal bulan 7 lah dan berakhir 6/9 which is tinggal berapa hari je lagiiii 😭😭 So let me tell you a few moments yg haliza patut ingat 🎈

6 July 2019
My very first date with shahril during cuti semester! Kami pergi mana? Pergi MAPS. And yes, pergi situ pun first time bg haliza. Awal awal time tgh check bag before masuk tuh, ada org tegur "Eh mcm kenal" 🙄 Dalam hati aku, haa siapa pulak dah haha Naseb shahril tak perasan. Kalau perasan mesti dia ingat aku ada ramai scandal hahaha So lepas dah masuk, kami jalan dulu tawaf sekeliling tngkp gmbr, baru pilih nak main apa. First, masuk rumah hantu which is for me tak seram langsung. Cuma aku tak suka time betul betul gelap mcm org buta. Bukan apa, sbb kan tak nampak langsung, so risau lah kot terlanggar dinding ke, terjatuh ke aish. Tapi lawak lah, shahril yg menjerit okay gais hahahahaha aku duk gelak ja dalam tuh. Tpi mesti hantu dlm tuh sedih sbb depa tak berjaya takutkan aku haha. Next, masuk Dark ride. Nih mcm keretapi budak budak tuh,, tpi masuk dlm tempat gelap main tembak tembak dpt point. Bagi aku tk worth it lah ngn kupon mahal haha. Tapi kalau nak spend time ngn kesayangan, okay je hehe. Time pergi tuh, aku teringin gila nak naik kapal pusing 360 darjah tuh tpi apakan daya. Kekasih hati gayat and tak berani hahaha so haliza bye-bye jelah haha lepas pi maps, kami pi aeon klebang pulak. Tgok wyg citer spiderman. Nak tgok annabelle tpi org kata tk best, so tgoklah spiderman tpi tak kena ngn jiwa haliza lah. Menyesal ka? Dak pun sbb bestlah jugak. Okay done sampai sini ja kot.

Ehhh ehhh. Terlupa pulak benda penting. Time otw nak pergi, suddenly, shahril berhenti kereta. Dia suh aku cari powerbank dia kt dalam dashboard. Tpi tkde. Pastuh dia suruh aku cari dalam bonnet. Aku pun pi lah turun, bukan
K bomnet. Dia kata ada dlm beg and bwk beg tuh ke dlm keta. Tpi kt bonnet tuh ada satu ja beg, mcm beg kotak hadiah. Tpi haliza tak tahu lah awat blurr sgt. Dah masuk keta, aku bg beg tuh kt dia. Soh dia cari sendiri haha. Pastuh dia kata, tuh hadiah utk aku haha Before nih dia ada janji nk bg aku hadiah. Satu utk birthday rasanya, lagi satu aku lupa utk apa. Dalam beg tuh ada sweater and aku sukaaaaa sgt sgt sbb warna cream and tkdelah aku asyik guna sweater hitam tuh ja haha. Pastuh ada lagi surprise, dia soh tgok kt bwh kaki aku. And tadaaaa ada kotak pulak haha. Dlm tuh ada mcm aduh cmne tah nak describe. Mainan kayu yg pusing pusing ada bunyi. And mcm ada buaian comel. Dia suruh aku bwk balik kelantan tapi mcm tk bwk je sbb mak dh buat hiasan dalam rumah haha. Haliza bawak balik sweater je okay. Terimaaaa kasih shahril sayang. Loveyouuu ❤

7 July 2019
The next day, haliza spend time dengan fav girls pulak. Finally, dapat pun berkumpul berempat. And guess what haliza pergi mana? Again pergi maps lagi haha tapi before pergi tuh, pi ambik mala dulu dkt pengkalan and terus makan kat aeon st18. Makan pizza. Lepas dh kenyang baru pegi maps. Haliza naik benda kapal pusing pusing tuh ngn mala. Sumpah best haha. Kalau ada org ajak lgi, mmg aku nak naik lagi lah haha.

26 July 2019
Aku balik kampung and sampai sana awal jugak lah. Duk fikir dalam sejam jugaklah, and baru aku ckp kat mak "Mak jom jalan manong." 😂 And aku rasa mak tahu maksud tersirat aku apaaaa haha. Time otw pergi tuh, aku ws shahril. Aku cakaplah yg aku otw nak ke manong. Tapi dia tak percayaaaaa haha Siap ckp kt aku kalau aku betul betul dtg time tuh dia nak naik smeua permainan yg menakutkan dekat maps HAHAHA Pastuh bila aku ckp yg aku mmg ada kat manong, siap tunjuk bukti snap gmbr klinik dia. Uish mmg terkejut lah dia. Tapi time aku pi klinik, dia tkde sbb time tuh hri jumaat and semua dh pi rehat kot. Pastuh aku pun jumpa lah kt amanjya manong ke apa tah. Mak pun join sekali. Best tgok mak sembang ngn dia padahal aku tahu mesti dia maluuu haha. Dpt jumpa kejap jaaaa. Serius menyesal jumpa sebab jadi bertmbah rindu haha bukannya hilang rindu haa 😂😂 Balik tuh aku, singgah kedai buku. Beli kertas kertas utk buat surprise box utk dia. And yes haliza berjaya buat okay haha Lawa pulak tuh and rasa syg nak bagi. Take time beberapa hari gaklah nak siapkan and mmg tidur dlm kul 3 pagi mcm tuh. Sgt gigih ye geng nak jadi sweet girlfriend punya pasal haha

28 July 2019
Nih hari yg aku dating dengan mas time dia rest kul 5 ptg mcm tuh. And before nih ada gak jumpa dia. And yes, mas je mcd, mcd je mas hahaha Lepak lepak mcd ptg tuh and kjp je sbb mas kelam kabut nak masuk kerja balik. Pastuh kul 10 kot, dia dtg ambik aku balik. Teman dia pi mcd beli orea mcflurry. Pastuh jenjalan kjp pi giant sbb time tuh ada karnival.

30 July 2019
This day pulak, shahril buat surprise tetibe kul 1 mcm tuh kot, dia ckp kt aku yg dia otw nak dtg tnjong nak ambik aku. And time dia ckp, dia dh sampai mana tah hahahahahaha. And jujurlah time tuh aku tk mandi apa lagi, baju tudung pun mmg tk iron lah kan. Aku punya tahap kelam kabut tuh mmg 100x lah haha. Naseb masih mampu kelihatan lawa haha Pergi mana? Pergi aeon sat lepastuh pi gunung lang. Naik bot, pi seberang. Snap gambar byk byk. Best sgt dpt spend time masa sama sama. Yelah sbb sblm tuh dpt jumpa kjp je. And mmg rindu gila. So time nih dpt lah lepaskan rindu. Maceh bwk sis jenjalan and spend masa awk yg sgt sgt berharga tuh dengan sy. Loveyouuu. 🌈

Haa sebelum balik, aku ada bagi surprise love box yg aku buat utk dia. Dia sukaaa sgt and aku bangga sgt ngn diri aku hehe. Goodjob haliza. Tak sia sia ko tak tidur buat benda alah tuh haha Haliza sweet kan geng? 😛

2 August 2019
Langit tidak selalunya cerah. Sedangkan lidah lagi tergigit manakan pula suami isteri. Eh belum kawen lagi lah haha. Malam tu, ada lah pergaduhan manja sikit. Aku ja kot yg over haha. Jumaat tuh, shahril balik tnjong. And aku mcm expect dia nak jumpa aku walaupun skjp je ke apa ke. Tpi tidak sis, tidak sama sekali haha. Maybe tak terlintas pun kt fikiran dia nk jumpa aku time tuh hahaha. Dia balik tnjong sbb nak lepak and jumpa geng dia kat sini je. Malam tuh dia bgtahu aku, dia nak lepak and maybe tk ws aku lah sbb tkmau jadi anti sosial. Aku okay lagi lah sbbnya biarlah dia nak spend time ngn kwn dia kan. Sekali sekala. Tapi tetibe dia kata cancel. Dia nak main futsal malam tuh and besoknya dia nak tgok wyg.  Aku try utk okay lagi. Tpi aku jadi sgt tak okay bila dia ckp "besok malam sy nak memancing tau. So tk boleh lah nak ws" 😏😑😑 Haa berderau darah sis baca time nih. Aku rasa mcm "Haa baguslah. Pergilah spend masa ngn kwn kwn ja. Takyah ws aku pun tkpe. Tk penting pun kan. Kwn lgi penting kan. Aku mmg sentiasa ada kt sini pun kan. Alaa tkyah jumpa pun tkpe, tk rindu pun kan." 🤔  Aku tak tahu lah apa yg aku rasa time tuh, faktor hormon or what tpi bila aku tanya kt kwn kwn, depa pun respons benda yg sama hahahaha. So i guess mmg perempuan mcm nih lah kot. Mmg nak kalau boleh lah 90% perhatian drpd boipren hahaha. Tpi mcm situasi aku lah kan, aku kan mmg jarang sekali ada kt tnjong, tk boleh ke kalau aku yg didahulukan? Kwn kwn and ikan tuh tk lari mana pun kan. Nnti kalau aku dah tkde, and ikutlah. Suka hati lah nak jumpa kwn and nak memancing ingat setiap hari ke apa.

Oh lepas dia bgitahu aku nak memancing, aku terus send kt dia "Haa okay. Selamat berfutsal, tgok wyg, and memancing. Take care." Pastuh apa lagi, aku terus off data HAHAHA mcm perempuan sgt kan? Aku betul betul sakit hati doh time ni. Besoknyaa aku ajak mak pi maps. Aku post gmbr. Dia reply status aku, tapi aku bg bluetick ja kat dia. And aku keep on post gmbr haha Saja nak bagi dia sakit hati haha. Lama lama tuh aku reply lah sikit sikit sbb rasa sakit tuh masih ada bila ingat balik haha. Tpi before things get worse, aku pun acah acah lah mcm dh okay. Tapi mmg sepanjang aku ws, aku mmg sinis gilaaa sbb mmg seharian aku badmood. Sampai lah malam 3/8 tuh, aku ada terasa sikit dia ckp kt aku yg kalau benda kecik sbb dia tak wish goodnight dia terlelap pun boleh jadi isu, pasnih dia wish. Last aku ws dia "Mesti annoying kan ngn sy, benda kecik pun boleh jadi isu?" Pastuh dia bluetick kan aku. Haa tudialah. Itu ibarat mencurah minyak petrol ke api yg sedang membara hahahaha. Sakit diaaaa auch. Ta tau nak describe lgu mana haha. Sampailah kebesokkan harinya, petang kot baru dia ws aku. Dia ckp lah yg dia nak bg masa kt aku tenang kan diri. Hm bro pls lah. Perempuan don't need any masa utk tenangkan diri sbb masa masa yg diberikan itulah lgi buatkan fikir mcm mcm okay. Tmbh lgi kalau suddenly bluetick. We just need a pujukan je. Slowly talk to us. Never leave us alone.

6 August 2019
Tak tahu nak start mcm mana hmm. Nih more to bad news lah. Pukul 2 ptg mcm tuh, abg ama call mak. Abg ama bgtahu kat mak yg pak encik tengah tenat kat hospital teluk intan. Sumpah aku benci gila dgr berita yg mcm nih. Kelam kabut kot terus siap siap and tak pernah-pernah haliza drive jejauh, suddenly kena drive ke Teluk Intan. Dengan tangan menggigil, jantung berdebarnya. Otak nih fikir benda tak elok je dah. Sampai hospital dalam kul 4.30 petang. Sedih gila kot tgok pak encik. Time tgok tuh, pak encik sedar je tapi nmpak lah teruk. Sampai je, mak terus peluk cium pak encik sambil nangis. Ya Allah sedihnya. Taknak nangis skrg tapi tkleh nak control air mata. Sedih sgt bila ingatkan balik. Yelah cer kau bygkan org yg sblm nih elok je balik raya, gelak sembang ngn kau, tk nampak mcm sakit pun. Tapi suddenly kau tgok dia terlantar kat hosp in critical condition. Pak encik masuk hospital sbb usus dia dah pecah. Nama sakit dia ischaemic bowel. Doktor cakap either operate ke tak, still 50-50. Since, kita not supposedly to giveup, kena usaha and kalau dah usaha baru bertawakal, so pak encik pun ngn berat hati sign surat persetujuan operate tuh. Aku ada dgr pak encik sebut "Allahu Akbar" time doktor-doktor tuh explain kat dia semua risiko operation tuh. Pak Encik undergoes operation tuh kul 12.30 pagi and settle kul 4 ke pukul 5 pagi entah. Abg padil ckp, operation tuh success lah walaupun pak encik still tak sedar. Tapi itulah, selain sakit usus, pak encik mmg ada sakit jantung. Pukul 7.30 pagi 7 August 2019, pak encik menghembuskan nafas yg terakhir. Sebak gilaaa bila dgr mak ckp "Nyah bangun. Pak encik dah tkde." Sambil nangis. Pagi tuh terus siap siap, pergi balik ke Teluk Intan. Terus pi masjid yg dekat ngn rumah pak encik, kat Bagan Serai. Time pergi tuh, jenazah dah sampai. Opah ngn ayahma pun ada. To be honest, bila dah besar mcm nih, nihlah baru first time haliza rasa mcm mana sedihnyaa hilang org yg kita syg walaupun jarang jumpa. Time tengok jenazah arwah dr jauh je pun, mmg air mata dah berderai jatuh. Pastuh tgok dekat-dekat pulak untuk kali terakhir. Lagilah, Allahuu, Sedihnya Ya Allah. Video-video arwah pak encik yg ada kt fon aku pun, ada lagi. Mmg tak sanggup nak tengok. Ya Allah, semoga roh pak encik dicucuri rahmat dan semoga arwah pak encik berada dalam kalangan org-org yg beriman. Aminn. Al Fatihah...


11 August 2019
Selamat Hari Raya Aidil Adha semua! Raya haji nih yg paling ramai org datang tapi still ada perasaan sedih tuh. Selalunya arwah pak encik ada balik sekali ngn kakyong. Nih skrg dah tkde. Kakyong pun tak balik. Raya haji tuh, mia and yatt dtg kampung. Siap bawak pasangan masing-masing haa. Time depa dtg, rasa lonely gak lah sbb depa duk bersweet-sweet, aku je yg alone haha. Rindu shahril time tuh haha. Pas depa beraya rumah aku, shahril ajak depa beraya rumah dia. Aku pun ikut sekali lah haha. Rasa lega sikitlah sbb kalau depa tkde, aku kena beraya rumah shahril sorang-sorang haha. Selamat sis haha. Tapi mcm tk best gak lah sbb kan ramai-ramai, so aku tkleh lah nak tarik perhatian mak dia. Lagi teruk, tetibe ramai pulak sedara dia dtg haha Lagilah mak dia tk dpt nak layan kami yg dtg. Lepas makan-makan, mia and yatt terus balik. Aku keluar ngn shahril lah. Pi Victoria Bridge, tngkap gmbr sat and dah berlemoih dah time tuh. So semua gmbr tak on point haha. Next lepak kt lembah. Naik bot jejnjalan pusing sungai perak. Pstuh spend time sembang sambil tgok sungai. Time sembang tuh best sbb sempat lagi lah aku menyakat shahril haha. Aku buat mcm acah-acah aku pernah ada scandal ngn kwn dia Akmal haha Padahal aku kenal akmal pun through mia haha. Dulu pernah sekali keluar ngn mia and mia ajak dia sekali tgok wyg. Tuh jelah haha. Oh lupa nak cakap yg sblm pegi Victoria Bridge tuh, shahril ada beraya rumah aku dulu. Tapi syg sekali, mak tkde. Ada cu and kak ros je.


14 August 2019
Again, keluar berempat haha well time cuti kan, kenalah well spend hehe Yelah nnti dh balik kelantan confirm rindu nak lepaks.

15 August 2019
Pergi cameron

24 August 2019
keluar ngn shahril

28 August 2019
keluar ngn ira

29 August 2019
keluar ngn mia and hafiz

31 August 2019
kenduri, kak yong balik

5 September 2019
pi manong

6 September 2019 & 7 September 2019
kelik kelate