MissesZaza!
Sweet Owner

Hey! Touch my photo!



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello peeps ! welcome to super awesome!Enjoy yourself here okay!?


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Alyzhaaaaa
Others:   



New place and New life

My new life started on 2 September 2018. At that time, it seriously felt like a nightmare. I didn't even think to study in Kelantan. Tapi nak buat macam mana, dah rezeki dapat belajar dekat Kelantan, negeri yang boleh memang taknak pun pergi. Masa result UPU keluar, of course, seketul Haliza takkan ada keberanian nak tengok. Aina lah orang pertama yang tengok. Eh sebelum result UPU keluar, aku pergi buat ujian MEDSI dengan Anis dekat UPSI. Ujian nih utk sesiapa yang ambik bidang pendidikan dekat UPSI. Aku ambil bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dekat pilihan no.2 rasanya. Ke no.3 entah. Saja je letak sebab orang kata, at least letak satu course yang ada interview. Tak sangka dapat haha. Kairun pun dapat pergi ujian MEDSI. Mula-mula nak pergi dengan Kairun lah, tapi Kairun punya masa lewat sikit, sama dengan Anis pukul 11 rasanya. Aku je yang sesat pukul 9 haha. Kairun pun mcm taknak je pergi awal disebabkan aku. So, aku pun mcm "Alaaa takyah pergi, jadi cikgu tadika je pun." Walaupun, jauh disudut hati aku, teringin nak pergi. Yelah rezeki kan, tkkan nak tolak camtuh je. Tinggal lagi sehari, besoknya ada test tuh dah. Ptg tuh, Anis ws. Dia bagi cadangan, suruh aku dtg Taiping, lepastuh pergi sama-sama dengan dia. Mula-mula macam malas sebab last minute teruk. Dahlah tak tahu nak pergi mcm mana. Tapi last last aku pergi jugak haha. Alhamdulillah, aku lulus ujian tuh. Tapi Anis dengan Kairun tak lulus. Aku supposedly kena pergi iv dekat UPSI tapi time tuh dah dekat raya, banyak nak guna duit. So takpelah, mungkin rezeki aku dekat tempat lain. Okay back to result UPU, kan Aina yang tengok dulu. Dia tanya aku dalam group, "Ang nak U apa? Aku reply "Nak uitm" Dia kata, "USM aku bagi ang.". Aku pun macam tak percaya lah. Happy tapi tak sama dengan kwn kwn lain so sedih sikit tapi happy jugaklah haha. Mak abah pun mmg happy lah sebab memang dorang nak aku masuk USM.

Semua happy sampai lah aku search dekat google "UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN" and taraaaaaaaaaaaaa dia kata kampus nih dekat Kubang Kerian HAHAHAHAHA. Sumpah time nih rasa macam nak gelak sambil menangis haha. Terkejut beruk sis. Selama 20 tahun hidup, ingatkan USM dekat penang je. Ternyata tidak gaiss. Yang dekat Penang, kampus kejuteraan haha. Salah diri sendiri jugaklah, tak research dulu sebelum submit UPU hmm.

1/9/2018 aku pergi Kelantan awal sehari sebelum tarikh daftar. Saja nak berjalan dulu dekat sana, happy-happy dulu sebelum masuk penjara haha. Memang happy lah dapat pergi laut, dapat makan sedap-sedap. Tapi malam tuh, haa mmg menangis lah peluk mak sbb last dapat tidur dengan mak. Rasa sedih, sebak, takut semua ada. Sebab aku jenis tak tahu nak approach org dulu, jenis pendiam, susah nak buat kawan. Aku punya penyakit anxiety and over thinking nih mmg tkleh dibendung haha. Pagi 2/92018 tuh dah sampai U mmg nervous lah. Takut dokumens tak cukup lah, takut tertinggal ini itu lah, takut nak daftar, takut nak ada kawan baru haha. Kawan pertama aku dekat sana, Humaira. Mak aku tolong kenalkan haha. Dia budak negeri sembilan course forensik, nampak baik so mcm eh kan best kalau dia jadi roommate aku haha. Dia pun budak PDT, tapi pandai doh. Dia dapat 4 flat 3 sem. Sem 4 je terbabas sikit. Insecure jugaklah sis haha. Aku beratur dengan dia time nak daftar. Aku tegur budak depan aku, nama dia Syazana, budak KPP, muda setahun dr kami. Last-last kami bertiga dapat sebilik. Okay happy lah sekejap. Happy aku hilang bila mak nak balik, nak tinggal aku dah. Haliza berjaya tahan air mata, sampailah kete tak nampak dah. Sumpah sedih giler bila ingatkan, mak nak balik Perak. Jauh weh dr mak. Sedih gileeee. Masuk bilik, aku dapat lupakan sedih kejap sebab nak kemas kemas barang. Petang pulak ada orientasi. Haa lagi satu, orientasi aku nih, tkde waktu malam. Guess what, setiap malam pukul 9 dah tutup lampu gais. Semua dah nak tidur. Mungkin dorang tidur lah. Yang aku nih apa lagi, layan perasaan lah sorang sorang. Menangis teruk sambil tengok gambar berjalan dengan mak. Time tuh rasa mcm, "Tolonglah aku nak balik. Taknak duduk dekat sini. Nak mak." Baru aku tahu, rupanya mcm nih rasa homesick. Homesick jangan memain gais. Jangan pandah enteng dekat homesick ye kawan-kawan. Homesick nih adik beradik dengan depressed jugak. Aku sampai time makan, mandi, kemas kastil, main fon pun nangis Rasa sebak tuh datang secara tiba-tiba tak kira masa dan dimana jua haha. Dalam dewan time dgr ceramah pun, aku boleh sebak tetibe. Haa bukan homesick je, tapi matric-sick pun ada haha. Aku jadi rindu gila dekat Anis, Pia, Aina dan Pina. Selama aku orientasi, aku jadi someone yang approach org dulu, so ada ramai lah kenalan. Tapi semua temporary. Kwn yang nak makan sama-sama, jalan sama-sama aku tkde. Aku lonely gilaaa masa orientasi tuh. Roommate pulak jenis tak banyak cakap, pukul 9 dah tutup lampu. Aku rasa mcm aku bukan aku haha. Aku memang takde gelak langsung. Setiap malam nangis. Kalau ikutkan ras hati mmg, aku nak balik weh. Aku tk larat nak continue dah. Tapi bila ingatkan mak dah banyak abiskan duit disebabkan aku, takkan aku nak giveup mcm nih je. Baru minggu orientasi, dah nak give up? Alhamdulillah haliza tak ikutkan hati dan perasaaan haha.

Life aku dekat U getting better bila dapat kenal dengan sorang budak nih, nama dia Mizah, budak Sabah. Serius baik gila dan gila gila jugaklah. Dari dia, aku berkawan dengan Aini. Kami keluar bertiga ke Aeon mall. Okaylah rasa happy sikitlah. Sikit jelahhhh haha. Next, aku dapat kawan dengan budak yg satu course dengan aku. Oh ya, Miza and Aini budak dietetik. Aku buat kawan dengan semua kos yang ada *okay bangga sebab haliza buat kawan dengan ramai org* Kawan baru aku, Sharifah, lahir dekat KL tapi stay Kelantan. Kenal time campus tour. First impression, mcm sombong and mcm patutlah budak kl kan. Tapi sebenarnya perangai gila-gila jugaklah haha. Lagi kawan aku, Arina, budak PDT dari Penang. Okaylah, sebab dia jelah kwn aku nak pi makan ke pi mana mana ke. Okaylah okaylah ada jugaklah berkawan. Lagi aku berkawan dengan budak Sarawak, nama dia Betsy. Nih geng kuat makan, dan food hunting. Tapi sudah sikit nak keluar sebab time aku busy, dia free. Dia busy, aku free haha last last cita-cita nak food hunting terbantut. Last sekali, Fara. Dia nih budak Johor. Rapat dengan dia bila kelas bm dapat sekelas dengan dia. Okay ini jelah geng aku.

Percaya atau tidak, Haliza yang dulu bukanlah Haliza yang sekarang. Haliza yang sekarang lebih berdikari, no more timid Haliza, labih berani, senang buat kawan dengan orang, tak bergantung dengan orang, lebih matang. Konklusinya, Haliza dah berubah ke the better version of me. Alhamdulillah.